CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 14, 2012

DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN

assalamualaikum...

alhamdulillah...esok dah masuk tahun baru kan...1434 H sudah bermula...masih byk amal dan pahala yg aku mesti kumpul..entah sempat atau tak...Allah Maha Kuasa...Dia berhak mengambil balik apa yang dh Dia bagi kt umatNya...

arini aku nk share doa akhir tahun & doa awal tahun untuk kita sama2 amalkannya...smoga tahun baru ni akan menjadikan kita insan yang beriman dan semakin beramal soleh...amin...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN

 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


 
Maksudnya:

 Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


"Bersama Hayati Keindahan Islam"
 
 
 

 

Thursday, October 18, 2012

DOA PELINDUNG DIRI

assalamualaikum..

alhamdulillah hari ni kita masih diberi nafas dan kesihatan yang baik.  tapi kita jangan alpa dan lalai...aku pun manusia biasa..kadang-kadang alpa dan lalai dlm menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya...
 
setiap hari on d way balik ke rumah dari ofis, aku xlupa on radio KedahFm..tepat jam 5.30pm akan ada slot "BIMBINGAN FARDHU AIN"..suka dgq ceramah2 dari para alim ulama yg sentiasa share ilmu dan info agama...
 
petang tu, da seorang pemanggil tanya soalan kpd ustaz tu apa maksud doa dibawah...then, ustaz tu jawab doa tu adalah doa yg bagus utk kita baca setiap hari sbg pelindung diri..
 
ustaz tu juga da share 1 kisah tentang seorang ulama dulu-dulu dimana tangannya kudung sebelah..beliau sentiasa ajak para hadirin yg hadir kat ceramah dia utk amalkan  doa ni..dia kata barang siapa yg baca doa ni pada hari tu, dia takkan ditimpa bala bencana...Allah akan lindung seseorang yg baca doa ni dari sebarang malapetaka dengan izinNya...tapi da seorang bangun dan tanya kenapa ulama ni asyik dok suruh orang baca doa tu tapi keadaan fizikal dia plak macam tu...dan ulama tersebut menjawab...dia selalu baca doa tu setiap hari tapi 1 hari tu dia terlupa baca doa tu sebab tu keadaan dia seperti sekarang...so, kesimpulannya..doa ni adalah amat baik untuk diamalkan...jom kita baca sama2 k....mudah2n Allah sentiasa melindungi kita dari segala bala bencana...amin...
 
 
 
 
"Barang siapa yg membacanya sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya dengan izinNya..."
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi,Ibnu Majah & Ahmad
 
 
jom kita sama amalkan k!

Tuesday, October 16, 2012

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

assalamualaikum...
 
arini aku nak share ngan semua doa yang aku selalu baca tiap2 hari, pagi2 sebelum aku start bt keja aku...doa ni bukan saja utk kita baca pagi2 saja tau..kalo nak baca time bila pun bley...kan Allah suka kalo kita sentiasa ingat kat DIA kan..xgitu?? 
 
meh kita sama-sama baca doa ni dengan harapan kita semua dipermudahkan segala urusan sehari-hari...amin...

"RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR, RABBI THAM-MIN BIL HAIRI"
 
Maksudnya :
 
Ya Allah Kau permudahkan...jangan Kau susahkan...
Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan..


Amin....

semoga kalian semua memperoleh keberkatanNya...

bai!

Wednesday, October 3, 2012

KELAHIRAN TERINDAH - ANAK KEDUA

assalamualaikum...
 
 
alhamdulillah...sempat juga aku buka blog aku ni..lama betoi...rasanya hampir setaun aku tak update blog aku ni...(dah mmg setaun dh punnn Pn. Pasola oiii....(^_^'))
 
 
there are lots of thing I do during my "vacation"....vacation la sangat kan...aku juz nak share sepanjang aku bercuti dari sebarang aktiviti blogging ni sebenaqnya aku, hubby & of coz heykal yg tercinta dpt baby yg kedua!!yeayyy!!Alhamdulillah....rezeki dari Allah kan...haa...abg heykal pun hepi sgt dpt adik...da geng dh dia la ni...lelaki jugak....mesti org kata camtu kan...haruslah...tu waris kuat k!segala yg Allah SWT bg kita kena bersyukur...Alhamdulillah...berikut sedikit sebanyak details our newborn #2...
 
Nama     : Muhammad Fayyadh Haziq b. Mohd Faizal
Umo      : 3 bulan ++
D.O.B   : 28 Jun 2012 (hepi la babah dia besday anak suma dkt2 ng dia...bguih gk...share adiah ok!   
               senang ibu..hehe)
Berat   : 3.18kg (besaq jgk bg aku...huhu)
Pantang larang : xbley men rambut dia...dia geli ok!!
 
pantang larang pun da woo...kecik2 dh pandai..budak2 zaman sekarang kan...macam2 perangai anak2 aku ni...
 
now, aku br 2 minggu masuk blk keja setelah 3 bulan dok kt umah men2 aci nyorok ngan anak-anak...hehe...dh start nak sibuk balik kt ofis ni...keja lak belambak n bertimbun...nk end year la plak...serabut2..tp xpa, blk hati jd girang & gumbira bila tgk muka anak2 n suami....
 
 
 
 
 
"nak cyg baby...emmm....wanginyaaa...."
 
 

 
"adik cpt kita snap pic!!"
 
 
khas bt suami n anak2 ku...
 
Tuhan..perlihatkan padaku
Wajah dia yang sangat kucintai
Tolong buat dia merasa
Bahwa aku sedang memeluknya

Ku takkan tenang
Sebelum dia tau

Kucinta dia dengan perasaan
Sepenuh hatiku
Walaupun nanti tak bertemu lagi
Kuhidup di hatinya..hatinya..
 
 
sobsobsob...touching2...huhu...
 
k, bye!!

 
 
 
 
 
 
 
 
 


Monday, October 1, 2012

DOA MOHON ALLAH SWT MAKBULKAN HAJAT

assalamualaikum...

arini aku nak share doa plak...mudah-mudahan kita semua diberkati olehNYA...