assalamualaikum...
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu diseluruh dunia...especially to my mom, Zaini Long and my mother-in-law yang telah meninggal 4 bulan yang lalu...
Bila tibanya hari ibu ni aku nak berikan penghargaan yang amat besaq sekali kepada ibu aku yang aku panggil "MAK" kerana beliau telah mendidikku, membimbingku dan menyayangi ku sehingga aku berusia 23 tahun sekarang ni...kalo tak kerana Mak, aku takkan ada dimuka bumi ni... Mak jugak telah masakkan segala jenis masakan kegemaran aku yang sampai ke hari ni aku praktikkan di rumah aku pula...walaupun kadang-kadang kelakuanku telah membuat Mak sakit hati, Mak tetap akan menyayangiku dan sedikit pun tidak pernah mengambil hati...
Mak jugak telah mengajaqku menjadi isteri yang solehah dan pandai memasak...Disebabkan Mak, aku dah pandai memasak dan suka memasak...Segala masakan yang aku tak reti nak buat, Mak yang akan membantu...Tetapi aku tak sehebat Mak kerana Mak adalah Mak yang terhebat bagi aku...
Bagi Ibu Mertuaku yang jugak aku panggil "MAK", Mak lah Ibu Mertua yang terbaik yang pernah aku jumpa...Walaupun pada permulaannya aku tak pandai memasak, Mak tetap mengajaq dan tak pernah marah...kalo diikutkan ibu mertua sekarang, kalo si menantu tidak pandai memasak pasti si menantu akan dibeletiaq oleh Ibu Mertuanya...tetapi bagi Mak, dia tetap akan mengajaq..
Sempena hari ibu ni aku nak mohon ampun dan maaf sekiranya aku ada tersalah dan terkasar bahasa sepanjang hidup aku di dunia ni...to my mom, Zaini binti Long...maafkan anakmu ini andai kata sepanjang umurku bersamamu aku ada terkasaq bahasa, terkecilkan hatimu, tidak mendengaq nasihat, membuatmu sedih dengan kelakuanku...Terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku sekiranya aku mengalami masalah.
To my mother in law, Azizah Binti Ishak, maafkan jugak menantumu ini sekiranya aku ada terkasar bahasa dengan mu, kelakuan aku tidak disukai olehmu, membuat mu sedih dan tidak mendengaq nasihatmu...kehilangan mu di dunia ni amat dirasai oleh kami sekeluarga...
~~~~~~~~ TERIMA KASIH MAK!! ~~~~~~~~
0 00 orang suka hani's page:
Post a Comment