CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 20, 2011

SELAMAT HARI BAPA

assalamualaikum....

alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerna DIA mengurniakan kesihatan yang baik untuk diriku hingga aku masih mampu menunaikan tanggungjawabku sebagai hambaNya...sehingga aku masih lagi dapat menyambut father's day bersama abahku yang tercinta...disamping aku menyambut hari bapa bersama abah, aku sedih juga sebab xdapat nak sambut father's day bersama hubbyku coz hubby on course for1 week!huhu...sedih jugak xdapat nak smbut bersama bapa mertuaku yang aku panggil 'ayah' coz dia telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya...

sempena father's day ni, aku nak memberikan sejuta penghargaan kepada bapa kesayanganku yang aku panggil 'ABAH'....kerana Abah lah orang yang telah memberikan pendidikan, pakaian, makanan dan minuman juga wang sepanjang aku bergelar pelajar....memang aku akui Abah memang seorang yang tegas dalam mendidikku...tapi aku sangat bersyukur kerana telah dikurniakan seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan sangat menitik beratkan pelajaran kepada anak-anaknya...

aku ingat lagi masa aku still bergelar student sekolah..Abah la yg hantaq aku p sekolah...dia takkan biaqkan aku p sekolah sendiri..dia risau klo apa-apa jd nanti...tapi disebabkan aku kesian kat Abah, aku cakap aku nak nek beskat sendiri...xmo susahkan Abah...nak nek bas aku bukan orang senang...sedih tgk Abah terpaksa berulang balik p keja...pastu kui 1 pm lebih camtu Abah kena keluaq lak nak amik aku kat sekolah hantaq balik...pastu p balik keja...dah la panas terik...nek moto lak...huhuhu...

penah jugak aku dapat sekolah teknik...tapi sekolah tu dekat N.Sembilan...jauh kan?memang xdpt dinafikan aku memang excited dapat sekolah teknik...teringin sangat nak p...tp disebabkan faktor jauh, Abah xbg aku p...dia lebih suka aku ada depan mata dia...tkut jadi apa-apa nanti senang dia nak p tgk...

teringat time dh abis SPM, membe-membe klas aku ajak kuaq enjoy...maklumlah dh abis SPM kan..apa lagi nak pkiaq...tunggu result ja...depa ajak outing kt CS...so, bila depa ajak aku mesti depa akan kata aku mesti xleh p coz Abah aku xbg...memang tepat tekaan membe-membe aku tu...Abah memang xbg!huuhuhu...tapi aku pujuk jugak...disupport oleh Mak aku, akhirnya Abah bagi..tapi da limit tau!!kalo kuaq kui 12 pm, mesti kena balik sebelum 5 pm!kui 2 pm mesti Abah akan call aku tanya aku kat mana...time tu Abah akan tanya bila nak balik...dh lewat...huhu...aku pun terpaksa balik...

bila aku dapat surat dari PLKN lak, Abah akan bawa kami sekluarga p cari tempat PLKN tu...bukan apa dia cuma nak tau kat mana, kawasan mana...maklumlah, aku xpenah berjauhan ngan Mak n Abah...leh dikatakan setiap malam aku akan telefon Mak n Abah...bila dapat further study pun camtu jugak...Abah akan pastikan tempat tu selamat tuk anak dia...

dapat keja pun sama jugak...dia akan cari dulu tempat keja tu kat mana...

uoll'z suma mesti kata aku ni anak manja kan?macam kena kongkong pun da jugak...sebenaqnya aku pun rasa camtu dulu...tapi bila aku diumoq sekarang ni bila dipikiaqkan balik aku rasa bersyukur yang amat sangat sebab aku dididik dengan cara cmtu...kalo Abah xdidik aku dengan ketegasan dia, entah aku sekarang jadi manusia ke x...Alhamdulillah, sekarang ni aku jadi insan yang berguna dan dapat berbakti kepada kedua orang tua aku...

mungkin disebalik ketegasan orang tua kita sebenaqnya tersirat 1 anugerah yang akan membuatkan kita menjadi manusia yang berguna..ibu bapa kita tegas tu bukan depa xsuka kat kita tapi depa nak didik kita jadi manusia yang diterima Allah dan masyarakat...biaq kita dikongkong xpa, asalkan kita menjadi insan yang berguna...

kpd Abahku yang tersayang, terima kasih yang tak terhingga sebab Abah telah banyak berkorban dan mendidikku sehingga aku menjadi insan yang berguna seperti sekarang ni...sanggup bersenkang mata menjagaku siang dan malam..jasamu akan aku kenang sepanjang hayatku...aku berdoa agar Allah akan merahmati setiap perjalanan hidupmu...

kpd suamiku yang tercinta, terima kasih kerana telah memilih diriku menjadi suri hidupmu dan telah banyak berkorban untuk aku dan anak kita...sanggup mengambil masa untuk mengambilku sepanjang aku bekerja di Kuala Lumpur...sanggup sama-sama mengharungi suka duka bersamaku...thanks a lot cyg....aku turut berdoa Allah akan memudahkan segala pekerjaan yang dilakukan...aku sentiasa berada dibelakangmu...

kpd bapa mertuaku, terima kasih kerana menerimaku sebagai menantumu seadanya...dan turut mengajarku jika aku tidak tahu...terima kasih Ayah...aku berdoa semoga Allah merahmatimu dan menempatkanmu dikalangan orang-orang yang beriman....

kepada bapa-bapa dan bakal bapa sekalian, selamat hari bapa!

0 00 orang suka hani's page: